
2 Jun 2009 - Megatron,ketua tertinggi Decepticon,yang baru terlepas dari proses penyejukbekuan telah mengganas disekitar Gong Badak,Terengganu seawal jam 10pagi semalam. Kelewatan kehadiran Optimus Prime dan Bumblebee ke tempat kejadian telah mengakibatkan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Optimus Prime dan Bumblebee yang juga merupakan ahli Autobot telah mengalami cirit birit selepas memakan aiskrim goreng yang dijual berhampiran Pantai Batu Buruk sehari sebelum hari kejadian. Walaubagaimanapun, keadaan telah dikawal rapi selepas kemunculan wira-wira sejagat dari Autobot Clan ini. Megatron kini telah dikatakan dihantar ke pusat pemulihan Tanjung Rambutan untuk meneruskan rawatan beliau.
Walaubagaimanapun, untuk menutup bukti kehadiran Megatron di Terengganu pengerusi JKKK parlimen Kuala Terengganu dipersetujui Sektor 17,FBI telah mengatakan bahawa keruntuhan stadium terbabit adalah disebabkan kesilapan teknologist-teknologist korea yang tidak memjalankan kerja dengan sempurna.Kekurangan bahan mentah iaitu simen,pasir dan sebagainya adalah dikaitkan dengan penyuapan ahli-ahli politik yang mementingkan kekayaan sendiri dari keperluan rakyat."Kes ini masih dalam penyiasatan", tambah beliau.
-Pemberita.